Monday, December 3, 2007

Perdebatan Yahudi

‘Kekejaman Yahudi merupakan isu yang tidak boleh dibangkitkan kerana ia menyentuh perkara yang sentitif’. Ini menimbulkan perdebatan panjang di dalam email Persatuan Pelajar Indonesia-Universiti Sains Malaysia (PPI-USM) Pulau Pinang. Ia bermula apabila salah seorang pelajar postgraduate mengemukakan pandangan mengenai rancangan kedatangan Perdana Menteri Israel ke Indonesia yang dinilai sebagai satu keberanian dalam mencabar maruah umat Islam di seluruh dunia. Ini kerana Indonesia sebagai sebuah negara Islam terbesar di dunia dikatakan cuba dipengaruhi oleh Israel dalam menyokong dasar negara Yahudi ini.
Keadaan ini menimbulkan pro dan kontra yang agak lama. Dalam keadaan sedemikian saya cuba menyumbangkan pandangan di bawah ini. Walaubagaimana pun, pandangan saya ini telah diubahsuai.

Dengan ilmu yang serba terbatas saya cuba 'berkongsi' pengetahuan tentang kepalsuan sejarah Israel-Yahudi yang perlu diwaspadai.
Menurut pengakuan orang Yahudi, mereka datang ke Palestin dengan tujuan mendapatkan kembali 'tanah air' leluhur nenek moyang mereka. Ini terutamanya dilakukan setelah dihalau dan memuncaknya ancaman terhadap kaum Yahudi di Eropa di akhir tahun 1930-an. Di Palestin ini orang-orang Yahudi dengan bantuan Britain berusaha membeli tanah-tanah di Palestin melalui Dana Nasional Yahudi (Jewish National Fund) lalu kemudian mulai membangunan komuniti Yahudi. Tanah yang telah dibeli ini tidak boleh dibeli semula atau di sewa oleh bangsa Arab.
Setelah pembelian tanah secara pelan-pelan ini mengalami perkembangan pesat, orang Arab di Palestin mula merasa terancam di negeri sendiri. Keadaan ini melahirkan pergesekan antara orang Arab sebagai penduduk asli dengan orang-orang Yahudi sehingga wujudnya pertempuran-pertempuran yang lebih besar. Apa yang menguntungkan orang Yahudi adalah mereka disokong dan dipersentai oleh tentera Britain sehingga kawasan-kawasan milik rakyat Palestin berhasil dirampas dengan kekerasan.

Situasi yang gawat ini bukan sahaja melahirkan reaksi dari kalangan Arab atau dunia Islam, tetapi juga menjadi isu politik antarabangsa. Maknanya, isu orang Yahudi ini bukan sekadar milik nasional Indonesia sahaja tetapi menjadi milik umat manusia sejagat. Ia telah melampaui segala batas georafis, bangsa dan agama.

Mahatma Ghandi sebagai seorang tokoh Hindu yang sangat dihormati di India misalnya telah menyumbang pandangan ‘tajam dan kritis’ terhadap sikap orang-orang Yahudi di Palestin pada tahun 1938. Beliau menegaskan bahawa Palestin adalah milik bangsa arab. Ia sepadan apabila dikatakan negeri Britain adalah milik bangsa Britain atau negeri Prancis milik bangsa Prancis. Apa yang sedang terjadi di Palestin sekarang ini adalah tidak dapat dibenarkan oleh segala prinsip moral mana pun di dunia. Kalaupun orang Yahudi memandang wilayah Palestin sebagai tanah air mereka adalah tidak wajar apabila memasukinya di bawah bayang-bayang senjata Britain. Namun, kenyataannya kata Ghandi, orang Yahudi yang bermukim di Palestin boleh tinggal hanya kerana berkat kebaikan orang Arab semata-mata. Tetapi orang-orang Yahudi, bukannya membalas dengan kebaikan, malah penduduk asli diusir secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. Oleh itu, kata Ghandi, perlawanan orang Arab terhadap bangsa Yahudi merupakan perjuangan yang benar-benar meniti di atas kebenaran.

Malah, dalam sebuah buku yang berjudul ‘Manipulasi dan Kejahatan Zionis Dalam Konflik Israel Palestin’ telah memuat banyak fakta dan data yang cukup menyedihkan. Antara yang dihuraikan adalah perintah Moshe Dayan yakni Menteri Pertahanan Israel pada 1967 untuk merampas tanah Palestin di Dataran Tinggi Golan yang merupakan bagian dari usaha gigihnya merampas tanah Palestin.

Sebagai satu bangsa yang berhasrat menduduki secara total wilayah Palsetina, Israel bukan sekadar ingin menguasai Dataran Tinggi Golan sahaja, tetapi seluruh tanah milik Palestin. Oleh itu, Israel sekali lagi ditegur dengan keras melalui piagam PBB (Persatuan Bangsa-bangsa) yang menyatakan bahawa perolehan wilayah melalui perang tidak dapat dibenarkan termasuklah oleh sebuah negara yang bertindak untuk membela diri. Piagam PBB juga menegaskan bahawa pendudukan Israel atas Tepi Barat dan Jalur Gaza adalah ancaman yang besar dan amat serius terhadap keamanan dan perdamaian antarabangsa.

Sebenarnya, bahaya kaum Yahudi ini telah menjadi 'buah bibir' hampir di setiap generasi dan bangsa di mana sahaja orang Yahudi berada jauh sebelum Yahudi menguasai dan merampas tanah Palestin.

Seorang mantan Presiden Amerika Syarikat, Benyamin Franklin pada tahun 1789, telah mengingatkan akan bahaya orang Yahudi ini. Oleh karena seriusnya bahaya Yahudi ini maka Benyamin Franklin telah mengeluarkan dokumen resmi yang memperingatkan orang-orang Amerika mengenai bahaya yang akan dibawah oleh orang Yahudi dikemudian hari. Beliau menyatakan bahawa:

“Ada sebuah bahaya besar yang sedang mengancam Amerika Syarikat iaitu bahaya orang-orang Yahudi. Sesungguhnya mana-mana sahaja negeri yang didiami oleh orang-orang Yahudi maka di sana mereka akan menjatuhkan kedudukan akhlaknya, merusak tatanan perdagangan selain mereka tidak mau bergaul jika bukan dari golongannya. Apabila orang-orang Yahudi ini tidak dijauhkan dari Amerika Syarikat, orang Yahudi akan menghancurkan dan memerintah Amerika seratus tahun akan datang. Sesungguhnya seratus tahun akan datang nasib dan cucu-cucu orang Amerika akan menjadi pekerja di ladang-ladang untuk memberi makan kepada orang Yahudi ini. Pada masa yang sama orang-orang Yahudi akan menguasai institusi-institusi keuangan Amerika. Orang-orang Yahudi juga tidak akan melaksanakan norma-norma mulia yang dipegang oleh orang-orang Amerika walaupun mereka hidup di Amerika selama sepuluh generasi. Ini kerana mereka seperti tutul tidak akan dapat merubah warna kulitnya yang bintik-bintik. Sesungguhnya bahaya pengizinan kebebasan orang Yahudi masuk ke Amerika akan mematikan semua institusi di Amerika. Oleh karena itu, orang-orang Yahudi harus dijauhkan dari teks-teks yang tertera daalam undang-undang dasar Amerika” (Yusuf al-Qardhawi, 1999). Rupanya Benyamin Franklin sangat tepat ramalannya kerana Amerika sekarang telah digenggam ekonomi dan politiknya oleh orang Yahudi.

Dengan demikian bolehlah dilukiskan siapa Yahudi, bahaya Yahudi dan negara Israel sekarang ini. Pandangan Mahatma Ghandi sebagai Tokoh orang Hindu di India, kutukan PBB yang mayoritinya adalah orang bukan Islam dan Benyamin Franklin mantan Presiden Amerika yang juga seorang bukan Islam telah mencukupi dijadikan bahan renungan. Ringkasnya, bahaya orang-orang Yahudi ini bukan rahsia orang perorang atau sebuah negara saja. Malah, ia perlu disebarkan agar umat Islam tahu dan selalu sedar tentang bahaya orang Yahudi. Apabila kita kembali kepada isu pendudukan Israel di Palestin bolehlah dibayangkan atau tidaklah sukar untuk difahami jika dikatakan orang Yahudi adalah penyebar kepalsuan yang sejati. Betapa tidak, orang Yahudi mengatakan bahawa ‘kami masuk ke Palestin dalam rangka untuk mendapatkan tanah leluhur nenek moyang kami’. Seolah-olah negeri Palestin ini mempunyai pertalian sejarah yang amat rapat dengan orang-orang Yahudi yang mewajarkan mereka masuk merampas tanah Palestin. Padahal orang Yahudi tidak mempunyai 'hak dan gugatan sejarah di Palestin walau satu jengkal tanah sekali pun.

Hal ini boleh dibuktikan sendiri oleh pemikiran dan sikap Theodore Hertzl dan kawan seperjuangannya seperti Max Nordow yang digelar sebagai si Afrika dan Chaim Weizmen yang digelar sebagai si Uganda. Mereka ini tidak pernah mengagendakan Palestin sebagai calon tanah air orang Yahudi di kemudian hari. Malah, tempat yang dijadikan calon sebagai tanah air orang-orang Yahudi yang masih bertebaran di seluruh pelosok dunia sejak pendirian organisasi politik Zionisme di dirikan adalah Mozambik, Kongo, Argentina (1897), Ciprus (1901), Sinai (1902) dan Uganda (1903) atas cadangan pemerintah Britain ketika itu.

Persoalannya adalah mengapa gugatan sejarah ini tidak muncul sejak berabad-abad yang lalu? Mengapa Palestin tidak dijadikan sasaran paling pertama dan utama kalau Palestin sebagai leluhur sebenar orang-orang Yahudi? Mengapa baru muncul sejak belakangan ini sahaja? Dengan demikian, bolehkah diterima bahawa leluhur orang Yahudi adalah berada di Palestin.

Yusuf al-Qardhawi (1999) menegaskan bahawa apabila sebuah negeri dapat dimiliki hanya berasaskan lamanya tempoh bermukim oleh seorang/sekolompok perantau maka orang-orang Yahudi lebih berhak menuntut negara Mesir sebagai tanah leluhurnya karena nenek moyang mereka pernah merantau di Mesir selama 340 tahun. Tempoh bermukim atau masa perantauan orang Yahudi ini jauh lebih lama berbanding perantauannya di Palestin yang keseluruhannya hanya 200 tahun lebih. Mereka memasukinya dengan jumlah dua orang sahaja yaitu Ibrahim dan Sitti Sarah dan keluar dari bumi Palestin beserta anak cucunya dengan jumlah 70 orang. Pada masa yang sama, ketika Ibrahim dan sarah ini masuk dan keluar dari Palestin telah dihuni oleh orang Arab.

Begitu juga, jika hanya tempoh bermukim di perantauan saja yang menjadi alasan untuk kawasan itu dimiliki oleh perantau maka Britain lebih berhak mengakui India sebagai negaranya dan Belanda lebih berhak mengakui Indonesia sebagai negaranya kerana mereka lebih lama tinggal di daerah jajahannya berbanding nenek moyang orang Yahudi yang merantau ke Palestin hanya sekadar lebih dari 200 tahun. Namun, faktanya, negeri India masih menjadi milik orang India dan negeri Indonesia masih menjadi milik orang Indonesia.

Tidaklah saya bermaksud memuji Britain dan Belanda kerana tidak ada penjajah yang baik, tetapi kedua-dua penjajah ini lebih baik daripada Israel. Ini kerana Inggeris dan Belanda hanya sekadar datang mengekspolitasi sumber alam negara yang dijajah dan selepas itu mereka mengembalikan kepada tuan punya negara. Namun, Israel mendatangi Palestin bukan sekadar melakukan praktek kolonialisme tetapi ia juga ingin menetap di Palestin selama lamanya. Kalau sekadar ingin menetap saja mungkin boleh dipertimbangkan. Namun yang menjadi masalah mereka mengusir, merampas harta, menyiksa dan membunuh dengan kejam orang-orang Palestin semau-maunya sehingga orang-orang Palestin terpaksa lari menyelamatkan diri meninggalkan kampung halamannya. Kini hampir seluruh kawasan Palestin telah dikuasai dan dimiliki oleh Israel.

Malangnya, orang Palestin pula yang mengemis kepada Israel untuk menjadi sebuah negara yang merdeka padahal Israel dahulunya hanya sebagai pendatang ke Palestin semata-mata. Malangnya, Palestin menjadi lebih asyik minta bantuan negara Barat agar disokong menjadi negara merdeka, bukannya negara Islam. Padahal negara Barat inilah yang menyokong berdirinya negara Israel sebagai negara yang merdeka. Bolehkah Barat menyokong Palestin padahal merekalah yang memperjuangkan berdirinya suatu ketika dahulu.

Tuesday, January 30, 2007

Perubahan Sosial

Perubahan naik turun sebuah organisasi sentiasa wujud. Apakah ia mengarah kepada kemajuan atau kemunduran. Fenomena perubahan ini cukup konsisten dan rapat dengan kehidupan manusia. Adalah mustahil kehidupan ini tanpa perubahan. Perkara yang tidak akan berubah ialah perubahan itu sendiri.

Oleh itu, saya tidak hairan apabila ada kelompok sosial atau sebuah organisasi yang mengalami perubahan ke arah yang lebih baik atau ke arah yang lebih buruk kerana ia merupakan fenomena yang normal dalam kehidupan manusia.

Antara organisiasi yang telah mengalami perubahan dan paling berkesan di hati saya adalah Persatuan Pelajar Indonesia - Univerisiti Sains Malaysia (PPI-USM), Pulau Pinang. Ia adalah organisiasi pelajar yang dianggotai oleh pelajar undergraduate dan postgraduate yang kononnya adalah generasi pemikir dan pemimpin bangsa Indonesia di masa hadapan.

Sebagai seorang pelajar postgraduate, saya mengikuti dengan teliti sejarah dan perkembangan PPI ini sejak saya terdaftar di USM sebagai mahasiswa pada tahun 2000. Lebih kurang tiga bulan saya belajar di USM telah muncul peristiwa yang menggemparkan yang menyebabkan ketua Umum digulingkan.

Walaubagaimana pun, peristiwa ini tidak menjadi pelajaran baik oleh generasi berikutnya. PPI sekali mengalami krisis kepimpinan dengan wujudnya perilaku yang mengaibkan organisasi. Walaupun peristiwa ini tidak boleh dibuktikan secara lengkap, tetapi fakta dan data-data yang ada cukup meyakinkan sesetengah pelajar bahawa persitiwa ini benar-benar berlaku. Ia menyebabkan munculnya satu lagi organisasi pelajar yang hanya dianggotai oleh posgraduate sahaja yang dikenali sebagai Indonesian Posgraduate Student and Alumni Association - Universiti Sains Malaysia (IPSAA-USM). IPSAA ini diwujudkan kerana PPI dianggap organisasi yang telah tercemar kerana ia sentiasa dijadikan kenderaan untuk mencapai misi peribadi.

Bagaimana pun, kemunculan IPSAA ini menjadi perbincangan hangat. Bahkan ia mula dikritik kerana dianggap memecah belah persatuan pelajar Indoneisia. Oleh kerana hebatnya kritikan yang disertai dengan istilah-istilah dan bahasa bersifat falsafah, sastra dan politis, maka saya terpaksa memberi respon bagi menjawab kritikan ini.

Jawapan saya ini telah dilakukan pembaikian:



Kehidupan sosial manusia tidak pernah diam. Ia selalu berubah. Apakah ia bergerak ke hadapan atau bergerak ke belakang. Selain didorong oleh tentangan alam, perubahan sosial juga boleh berlaku kerana kebekuan atau pun kemajuan berfikir manusia itu sendiri.

Maknanya, terkadang perubahan sosial melahirkan keburukan. Ada mengheret kehidupan manusia kepada kegelapan, bahkan menghalakan kehidupan manusia ‘ke tiang gantungan’. Inilah yang perlu ditegur. Bahkan perlu dibelasah dan dikeroyok secara berjemaah.

Masih segar dalam ingatan bagaimana Eropah di abad pertengahan dikongkong oleh sebuah kehidupan bongok dan hodoh kerana pemuka agamanya yang tidak senang kepada kemajuan ilmu. Akhirnya, Eropah menjadi gelap.

Begitu juga ideologi sosialis/komunis yang dilahirkan sebagai anti tesis kepada liberalis/kapitalis. Malangnya, ia tidak memberi nilai tambah. Justeru merugikan kemanusiaan manusia.

Ini sebuah pembaziran tenaga kerana sosialis/komunis tetap memakai paradigma yang sama seperti yang digunakan kapitalis/liberalis. Perubahan inilah yang layak dimaki dan dimarah kerana merampas kemajuan kehidupan. Sebaliknya, ia telah memundurkan peradaban.

Perubahan kehidupan sosial manusia dari ‘masyarakat memburu' kepada 'masyarakat berkebun dan beternak’, kemudian diikuti oleh 'masyarakat bertani' dan selepas itu disusul oleh 'masyarakat industri'. Ini merupakan perubahan kehidupan yang bergerak ke depan. Manusia moden seharusnya mencemburui sikap positif masyarakat yang melihat perubahan kehidupan sosial ini bukan dengan kebimbangan. Paling tidak, orang tertentu saja yang memusuhinya. Betapa tidak, perubahan bertahap ini telah melahirkan peradaban anggun dan ramah.

Kebangkitan organisasi-organisasi Islam seperti Muhammadiyah di Indonesia yang dipelopori oleh Ahmad Dahlan, Wahabi di Arab Saudi yang dipelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahab dan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang dipelopori oleh Hasan al-Banna dan sebagainya. Mereka ini telah berhasil menyumbangkan kemakmuran kepada bangsa dan negara kerana berani mengambil sikap yang berbeza daripada tradisi dan kaedah berfikir yang sedang menyelimuti masyarakatnya ketika itu.

Bagaimana mungkin sebuah gerakan perubahan yang menabur kebaikan dianggap sebagai sempalan yang perlu ditegur. Siapa sebenarnya yang lebih layak menegur. Saya bukannya tidak memahami anda. Saya tahu bahawa 'saya cukup memahami anda'. Bahkan 'saya tahu untuk mengetahui siapa anda'. Untuk itu, saya tahu bahawa 'memang kita berbeza'.

Saya ‘tidak sampai hati’ menyatakan bahawa orang yang menentang kegemilangan adalah golongan ‘tradisionalis atau konservatif’. Sebab, mereka mungkin mempunyai pandangan tersendiri.

Tidak ada kehidupan sosial yang sepenuhnya matang. Ia akan terus bergerak menemui jati dirinya tanpa henti. Perubahan sosial yang bergerak ke hadapan yang dilakukan dengan tulus justeru perlu disokong dan diperjuangkan bersama.

Sebagaimana yang diketahui, dimunculkannya sistem Islam sebagai sistem alternatif kerana komunis/sosialis telah mengalami kekalahan dan kapitalis/liberalis sedang mengalami kebangkrapan. Sistem Islam dianggap sebagai kebebasan yang baik untuk kapitalis/liberalis dan keterikatan yang baik untuk komunis/sosialis. Walaupun saya tidak setuju dengan istilah ‘alternatif’ itu sendiri kerana berkonotasi bahawa Islam hanyalah salah satu pilihan dan bukan kewajiban yang mesti ditegakkan. Namun, saya melihat pemikiran ini perlu disokong kerana ia telah memberi sekurang-kurangnya dua etika baik kepada kehidupan sejagat yakni memperbaiki kualiti kehidupan dan memuliakan Islam.

Demikian juga kehadiran Indonesian Postgraduate Students and Alumni Association Universiti Sains Malaysia (IPSAA) yang diwujudkan sebagai wadah yang membawa gerakan pemikiran baru yang bersedia hidup berdampingan secara damai dengan Persatuan Pelajar Indonesia Universiti Sains Malaysia (PPI). Alangkah bijaknya jika semua pelajar Indonesia menerima dengan lapang dada. Anggapkanlah IPSAA ini lahir dari ‘perwatakan bangsa Indonesia yang kreatif’.

Kelahiran IPSAA memberi nilai tambah kepada organisasi pelajar dari yang telah ada sebelumnya. Untuk itulah, IPSAA dibangun dengan sifat dan model yang berbeza dari PPI-USM. Jika IPSAA-USM sama saja sifat dan modelnya tentulah memperadakannya adalah satu kesia-siaan. Tidak akan ada yang keberatan dan bersedih hati kalau dikatakan ia adalah pembaziran organisasi kerana wadah (PPI) telah pun ada untuk berkumpul dan bertukar fikiran.

Masalahnya adalah pelajar posgraduate kurang menyenangi wadah yang pasif apatah lagi jika dijadikan kenderaan untuk mencapai cita-cita peribadi. Secara langsung atau pun tidak, pelajar Indonesia memerlukan wadah yang lebih ‘adil, tajam dan lincah’ dengan tidak mengetepikan kemesraan dan hubungan baik antara pelajar Indonesia di USM.

Wujudnya dua organisasi tidak menghalang pelajar Indonesia untuk mengadakan hubungan kasih sayang. IPSAA hanyalah alat untuk menggapai kemajuan, bukan untuk keegoan melainkan untuk ‘menabur kebaikan’. Keberadaan IPSAA tidak didorong oleh ‘perhitungan politik yang aneh-aneh’. Tidak juga ada ‘niat yang dibungkus-bungkus’.

Perubahan sosial adalah suatu kemestian (sunnatullah). Siapa yang melawan perubahan sosial mungkin akan kecewa kerana manusia akan mengalami kekalahan. Bahkan akan dikalahkan oleh dirinya sendiri. Kalau anda belum sempat berbuat, anda diberi peluang untuk menyokong atau ‘katakanlah diam itu emas’.

Saya cukup memahami komen-komen kawan-kawan pelajar Indonesia dan sedikit pun saya tidak merasa keberatan. Sekurang-kurangnya saya boleh menyatakan bahawa kawan-kawan pelajar Indonesia telah ikut memaknai sebuah perubahan sosial di USM dengan arif dan bijaksana.

Wednesday, January 17, 2007

Poligami

Poligami menjadi perdebatan hangat bukan sahaja di kalangan masyarakat awam tetapi juga dikalangan orang terpelajar. Pelbagai masalah dan persepsi muncul daripada perilaku poligami ini. Ada yang pro dan kontra. Bagi orang yang pro mungkin melihat poligami daripada sisi syiar Islam. Yang kontra pula melihat poligami sebagai perbuatan yang menyeleweng, tidak bertanggungjawab, perbuatan tidak bermoral yang perlu dikutuk.

Perdebatan pro dan kontra poligami sekarang ini paling hangat diperbincangkan di Indonesia. Ini berlaku sebaik sahaja Abdullah Gymnastiar pengasas Manajemen Qolbu Corporation, Bandung Indonesia mengahwini seorang janda bekas model Indonesia sebagai isteri keduanya.

Pelajar Indonesia di Malaysia khususnya di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang tidak kurang gairahnya dalam membincangkan poligami Abdullah Gymanastiar. Saya tidak tahu pasti mengapa pelajar Indonesia di USM sama ada pelajar perempuan atau lelaki amat bersemangat memberikan buah fikiran terutamanya di E-Mail Persatuan Pelajar Indonesia (PPI).

Saya juga terheret dalam perbincangan di E-Mail PPI ini kerana beberapa pendapat yang boleh melahirkan kesan bahawa poligami sebagai perbuatan yang mengaibkan agama. Malangnya, ada yang menyatakan bahawa poligami ini diwujudkan dalam rangka mengatasi masalah sosial pada zaman Nabi kerana banyak janda-janda akibat suami mereka syahid di Medan perang. Masalahnya, adalah kenyataan ini memberi kesan bahawa kawin lebih dari satu hanya diberlakukan untuk zaman Nabi sahaja.

Oleh itu, saya cuba memberi pandangan mengenai poligami ini. Bagaimana pun, pandangan saya di bawah ini telah dilakukan penambahbaikan:


Dalam Islam, poligami dibenarkan. Ia merupakan suatu perbuatan yang dihalalkan. Pendeknya, poligami dihukumkan boleh (mubah). Ia berbeza daripada empat hukum lain seperti wajib, sunat, makruh dan haram. Hukum ‘boleh’ ini tidaklah bererti ia boleh dilaksanakan tanpa melalui pertimbangan sewajarnya sama ada melalui dalil naqli atau dalil aqli. Bahkan hukum boleh ini juga boleh berubah menjadi makruh malah boleh menjadi haram.

Maknanya, hukum boleh dalam berpoligami ini adalah bersifat elastis. Ia boleh digalakkan tetapi pada pada kes-kes tertentu ia perlu dilarang. Kerajaan mempunyai dan boleh menggunakan kuasanya untuk melarang poligami apabila terdapat kes-kes tertentu yang mudharatkan kehidupan.

Sebaliknya, amalan berpoligami ini juga boleh digalakkan apabila diperlukan. Umpamanya, setelah berlakunya perang jumlah wanita lebih banyak daripada jumlah lelaki kerana syahid di medan perang. Dapatlah dibayangkan bahawa pada masa ini juga berlaku kekurangan penduduk. Apabila pertambahan penduduk amat diperlukan maka menganjurkan poligami adalah lebih kukuh alasannya daripada melarangnya.

Hal ini menggambarkan bahawa melarang poligami secara mutlak akan menimbulkan masalah yang cukup rumit. Di sinilah juga nampak keagungan dan keuniversalan Islam sebagai agama sempurna.

Oleh kerana ia perbuatan yang dihalalkan, maka manusia (umat Islam khususnya) tidak layak mempertikaikannya. Apalagi ia dianggap satu perbuatan yang menyimpang dan tidak bertanggungjawab.

Kritikan yang berlebihan cenderung terjebak kepada pemikiran yang mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah. Jika ini berlaku maka akan rosaklah sendi kehidupan dalam beragama. Akibatnya, kebenaran wahyu akan menjadi relatif. Apa yang akan wujud adalah manusia akan terumbang-ambing kerana kehilangan pegangan. Kebenaran mutlak dengan sendirinya akan terhapus secara perlahan-lahan.

Padahal wahyu adalah untuk meluruskan kefahaman dan pemikiran manusia mengenai kebenaran dan bukanlah kefahaman dan pemikiran manusia yang akan membetulkan kebenaran.

Pengetahuan Allah meliputi semua, tidak mengenal sempadan geografi, lintas zaman dan waktu, yang zahir atau yang ghaib. Ia bukan sekadar mengatasi masalah lokal-sosial pada zaman Nabi. Jadi, hukum Allah bukan untuk kepentingan zaman tertentu sahaja. Hukum Allah adalah bersifat universal yang memenuhi segala ruang dan waktu secara adil.

Setiap yang benar pasti ilmiah. Setiap yang ilmiah boleh benar dan boleh salah. Al-Qur'an itu benar. Bererti al-Qur'an itu ilmiah.

Sepatutnya umat Islam berhati-hati merespon isu poligami melalui fikiran apatah lagi yang berasas kepada kerangka ilmiah kerana boleh jadi ia bermakna memprotes Maha Pencipta.

Laki-laki berpoligami tidak berdosa. Yang berdosa adalah suami yang berpoligami apabila zalim kepada isterinya. Tidak berbeza dengan suami yang berpoligami, suami yang bermonogami juga akan berdosa apabila menzalimi isterinya.

Maknanya, suami yang berpoligami dan bermonogami kedua-duanya tidak bebas dari ancaman dosa apabila zalim.

Ketidakadilan memang dekat pada orang berpoligami. Bermonogami memang lebih mudah berbuat adil kerana hanya menumpahkan cinta dan kasih sayangnya kepada satu orang sahaja. Walaubagaimana pun, orang yang bermonogami juga mempunyai potensi melakukan kezaliman. Banyak kes didapati suami yang mempunyai isteri satu tetapi isteri yang tidak sah ada di mana-mana.

Dengan demikian dapatlah difahami bahawa orang berpoligami yang adil adalah lebih baik dari orang bermonogami tetapi zalim. Ini kerana orang yang berpoligami dengan adil jelas isterinya berada di mana. Tetapi orang yang bermonogami yang zalim ‘isteri’nya ada di mana-mana. Apabila ini berlaku maka kebencian apatah lagi melarang amalan poligami ini secara mutlak adalah satu kesilapan yang perlu diluruskan.

Di sinilah keistimewaan poligami ini khususnya bagi mereka yang mempunyai kekuatan lebih dalam menyalurkan hasrat. Jadi, secara sederhananya berpoligami ini boleh mengurangi munculnya resiko perzinaan. Walaubagaimana pun, amalan poligami semata-mata tidaklah mencukupi untuk menghentikan budaya zina. Namun apabila pembanterasan perzinaan yang mahu dijadikan isu pokok, ia perlu kepada usaha-usaha lain selaras dengan sistem Islam dalam menghentikan perzinaan tersebut.

Lebih daripada itu, Islam tidaklah juga menafikan akan adanya unsur negatif dalam pelaksanaan poligami tetapi bukan hakikat poligami itu sendiri. Oleh itu, Islam telah meletakkan syarat penting kepada mereka yang hendak berpoligami yakni mestilah yakin mampu berbuat adil. Sekiranya tidak, maka untuk menjaga keselamatan diri dan agama maka kawin satu orang atau bermonogami adalah amat perlu mendapat keutamaan.


Muhammad Tahir