Tuesday, January 30, 2007

Perubahan Sosial

Perubahan naik turun sebuah organisasi sentiasa wujud. Apakah ia mengarah kepada kemajuan atau kemunduran. Fenomena perubahan ini cukup konsisten dan rapat dengan kehidupan manusia. Adalah mustahil kehidupan ini tanpa perubahan. Perkara yang tidak akan berubah ialah perubahan itu sendiri.

Oleh itu, saya tidak hairan apabila ada kelompok sosial atau sebuah organisasi yang mengalami perubahan ke arah yang lebih baik atau ke arah yang lebih buruk kerana ia merupakan fenomena yang normal dalam kehidupan manusia.

Antara organisiasi yang telah mengalami perubahan dan paling berkesan di hati saya adalah Persatuan Pelajar Indonesia - Univerisiti Sains Malaysia (PPI-USM), Pulau Pinang. Ia adalah organisiasi pelajar yang dianggotai oleh pelajar undergraduate dan postgraduate yang kononnya adalah generasi pemikir dan pemimpin bangsa Indonesia di masa hadapan.

Sebagai seorang pelajar postgraduate, saya mengikuti dengan teliti sejarah dan perkembangan PPI ini sejak saya terdaftar di USM sebagai mahasiswa pada tahun 2000. Lebih kurang tiga bulan saya belajar di USM telah muncul peristiwa yang menggemparkan yang menyebabkan ketua Umum digulingkan.

Walaubagaimana pun, peristiwa ini tidak menjadi pelajaran baik oleh generasi berikutnya. PPI sekali mengalami krisis kepimpinan dengan wujudnya perilaku yang mengaibkan organisasi. Walaupun peristiwa ini tidak boleh dibuktikan secara lengkap, tetapi fakta dan data-data yang ada cukup meyakinkan sesetengah pelajar bahawa persitiwa ini benar-benar berlaku. Ia menyebabkan munculnya satu lagi organisasi pelajar yang hanya dianggotai oleh posgraduate sahaja yang dikenali sebagai Indonesian Posgraduate Student and Alumni Association - Universiti Sains Malaysia (IPSAA-USM). IPSAA ini diwujudkan kerana PPI dianggap organisasi yang telah tercemar kerana ia sentiasa dijadikan kenderaan untuk mencapai misi peribadi.

Bagaimana pun, kemunculan IPSAA ini menjadi perbincangan hangat. Bahkan ia mula dikritik kerana dianggap memecah belah persatuan pelajar Indoneisia. Oleh kerana hebatnya kritikan yang disertai dengan istilah-istilah dan bahasa bersifat falsafah, sastra dan politis, maka saya terpaksa memberi respon bagi menjawab kritikan ini.

Jawapan saya ini telah dilakukan pembaikian:



Kehidupan sosial manusia tidak pernah diam. Ia selalu berubah. Apakah ia bergerak ke hadapan atau bergerak ke belakang. Selain didorong oleh tentangan alam, perubahan sosial juga boleh berlaku kerana kebekuan atau pun kemajuan berfikir manusia itu sendiri.

Maknanya, terkadang perubahan sosial melahirkan keburukan. Ada mengheret kehidupan manusia kepada kegelapan, bahkan menghalakan kehidupan manusia ‘ke tiang gantungan’. Inilah yang perlu ditegur. Bahkan perlu dibelasah dan dikeroyok secara berjemaah.

Masih segar dalam ingatan bagaimana Eropah di abad pertengahan dikongkong oleh sebuah kehidupan bongok dan hodoh kerana pemuka agamanya yang tidak senang kepada kemajuan ilmu. Akhirnya, Eropah menjadi gelap.

Begitu juga ideologi sosialis/komunis yang dilahirkan sebagai anti tesis kepada liberalis/kapitalis. Malangnya, ia tidak memberi nilai tambah. Justeru merugikan kemanusiaan manusia.

Ini sebuah pembaziran tenaga kerana sosialis/komunis tetap memakai paradigma yang sama seperti yang digunakan kapitalis/liberalis. Perubahan inilah yang layak dimaki dan dimarah kerana merampas kemajuan kehidupan. Sebaliknya, ia telah memundurkan peradaban.

Perubahan kehidupan sosial manusia dari ‘masyarakat memburu' kepada 'masyarakat berkebun dan beternak’, kemudian diikuti oleh 'masyarakat bertani' dan selepas itu disusul oleh 'masyarakat industri'. Ini merupakan perubahan kehidupan yang bergerak ke depan. Manusia moden seharusnya mencemburui sikap positif masyarakat yang melihat perubahan kehidupan sosial ini bukan dengan kebimbangan. Paling tidak, orang tertentu saja yang memusuhinya. Betapa tidak, perubahan bertahap ini telah melahirkan peradaban anggun dan ramah.

Kebangkitan organisasi-organisasi Islam seperti Muhammadiyah di Indonesia yang dipelopori oleh Ahmad Dahlan, Wahabi di Arab Saudi yang dipelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahab dan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang dipelopori oleh Hasan al-Banna dan sebagainya. Mereka ini telah berhasil menyumbangkan kemakmuran kepada bangsa dan negara kerana berani mengambil sikap yang berbeza daripada tradisi dan kaedah berfikir yang sedang menyelimuti masyarakatnya ketika itu.

Bagaimana mungkin sebuah gerakan perubahan yang menabur kebaikan dianggap sebagai sempalan yang perlu ditegur. Siapa sebenarnya yang lebih layak menegur. Saya bukannya tidak memahami anda. Saya tahu bahawa 'saya cukup memahami anda'. Bahkan 'saya tahu untuk mengetahui siapa anda'. Untuk itu, saya tahu bahawa 'memang kita berbeza'.

Saya ‘tidak sampai hati’ menyatakan bahawa orang yang menentang kegemilangan adalah golongan ‘tradisionalis atau konservatif’. Sebab, mereka mungkin mempunyai pandangan tersendiri.

Tidak ada kehidupan sosial yang sepenuhnya matang. Ia akan terus bergerak menemui jati dirinya tanpa henti. Perubahan sosial yang bergerak ke hadapan yang dilakukan dengan tulus justeru perlu disokong dan diperjuangkan bersama.

Sebagaimana yang diketahui, dimunculkannya sistem Islam sebagai sistem alternatif kerana komunis/sosialis telah mengalami kekalahan dan kapitalis/liberalis sedang mengalami kebangkrapan. Sistem Islam dianggap sebagai kebebasan yang baik untuk kapitalis/liberalis dan keterikatan yang baik untuk komunis/sosialis. Walaupun saya tidak setuju dengan istilah ‘alternatif’ itu sendiri kerana berkonotasi bahawa Islam hanyalah salah satu pilihan dan bukan kewajiban yang mesti ditegakkan. Namun, saya melihat pemikiran ini perlu disokong kerana ia telah memberi sekurang-kurangnya dua etika baik kepada kehidupan sejagat yakni memperbaiki kualiti kehidupan dan memuliakan Islam.

Demikian juga kehadiran Indonesian Postgraduate Students and Alumni Association Universiti Sains Malaysia (IPSAA) yang diwujudkan sebagai wadah yang membawa gerakan pemikiran baru yang bersedia hidup berdampingan secara damai dengan Persatuan Pelajar Indonesia Universiti Sains Malaysia (PPI). Alangkah bijaknya jika semua pelajar Indonesia menerima dengan lapang dada. Anggapkanlah IPSAA ini lahir dari ‘perwatakan bangsa Indonesia yang kreatif’.

Kelahiran IPSAA memberi nilai tambah kepada organisasi pelajar dari yang telah ada sebelumnya. Untuk itulah, IPSAA dibangun dengan sifat dan model yang berbeza dari PPI-USM. Jika IPSAA-USM sama saja sifat dan modelnya tentulah memperadakannya adalah satu kesia-siaan. Tidak akan ada yang keberatan dan bersedih hati kalau dikatakan ia adalah pembaziran organisasi kerana wadah (PPI) telah pun ada untuk berkumpul dan bertukar fikiran.

Masalahnya adalah pelajar posgraduate kurang menyenangi wadah yang pasif apatah lagi jika dijadikan kenderaan untuk mencapai cita-cita peribadi. Secara langsung atau pun tidak, pelajar Indonesia memerlukan wadah yang lebih ‘adil, tajam dan lincah’ dengan tidak mengetepikan kemesraan dan hubungan baik antara pelajar Indonesia di USM.

Wujudnya dua organisasi tidak menghalang pelajar Indonesia untuk mengadakan hubungan kasih sayang. IPSAA hanyalah alat untuk menggapai kemajuan, bukan untuk keegoan melainkan untuk ‘menabur kebaikan’. Keberadaan IPSAA tidak didorong oleh ‘perhitungan politik yang aneh-aneh’. Tidak juga ada ‘niat yang dibungkus-bungkus’.

Perubahan sosial adalah suatu kemestian (sunnatullah). Siapa yang melawan perubahan sosial mungkin akan kecewa kerana manusia akan mengalami kekalahan. Bahkan akan dikalahkan oleh dirinya sendiri. Kalau anda belum sempat berbuat, anda diberi peluang untuk menyokong atau ‘katakanlah diam itu emas’.

Saya cukup memahami komen-komen kawan-kawan pelajar Indonesia dan sedikit pun saya tidak merasa keberatan. Sekurang-kurangnya saya boleh menyatakan bahawa kawan-kawan pelajar Indonesia telah ikut memaknai sebuah perubahan sosial di USM dengan arif dan bijaksana.

Wednesday, January 17, 2007

Poligami

Poligami menjadi perdebatan hangat bukan sahaja di kalangan masyarakat awam tetapi juga dikalangan orang terpelajar. Pelbagai masalah dan persepsi muncul daripada perilaku poligami ini. Ada yang pro dan kontra. Bagi orang yang pro mungkin melihat poligami daripada sisi syiar Islam. Yang kontra pula melihat poligami sebagai perbuatan yang menyeleweng, tidak bertanggungjawab, perbuatan tidak bermoral yang perlu dikutuk.

Perdebatan pro dan kontra poligami sekarang ini paling hangat diperbincangkan di Indonesia. Ini berlaku sebaik sahaja Abdullah Gymnastiar pengasas Manajemen Qolbu Corporation, Bandung Indonesia mengahwini seorang janda bekas model Indonesia sebagai isteri keduanya.

Pelajar Indonesia di Malaysia khususnya di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang tidak kurang gairahnya dalam membincangkan poligami Abdullah Gymanastiar. Saya tidak tahu pasti mengapa pelajar Indonesia di USM sama ada pelajar perempuan atau lelaki amat bersemangat memberikan buah fikiran terutamanya di E-Mail Persatuan Pelajar Indonesia (PPI).

Saya juga terheret dalam perbincangan di E-Mail PPI ini kerana beberapa pendapat yang boleh melahirkan kesan bahawa poligami sebagai perbuatan yang mengaibkan agama. Malangnya, ada yang menyatakan bahawa poligami ini diwujudkan dalam rangka mengatasi masalah sosial pada zaman Nabi kerana banyak janda-janda akibat suami mereka syahid di Medan perang. Masalahnya, adalah kenyataan ini memberi kesan bahawa kawin lebih dari satu hanya diberlakukan untuk zaman Nabi sahaja.

Oleh itu, saya cuba memberi pandangan mengenai poligami ini. Bagaimana pun, pandangan saya di bawah ini telah dilakukan penambahbaikan:


Dalam Islam, poligami dibenarkan. Ia merupakan suatu perbuatan yang dihalalkan. Pendeknya, poligami dihukumkan boleh (mubah). Ia berbeza daripada empat hukum lain seperti wajib, sunat, makruh dan haram. Hukum ‘boleh’ ini tidaklah bererti ia boleh dilaksanakan tanpa melalui pertimbangan sewajarnya sama ada melalui dalil naqli atau dalil aqli. Bahkan hukum boleh ini juga boleh berubah menjadi makruh malah boleh menjadi haram.

Maknanya, hukum boleh dalam berpoligami ini adalah bersifat elastis. Ia boleh digalakkan tetapi pada pada kes-kes tertentu ia perlu dilarang. Kerajaan mempunyai dan boleh menggunakan kuasanya untuk melarang poligami apabila terdapat kes-kes tertentu yang mudharatkan kehidupan.

Sebaliknya, amalan berpoligami ini juga boleh digalakkan apabila diperlukan. Umpamanya, setelah berlakunya perang jumlah wanita lebih banyak daripada jumlah lelaki kerana syahid di medan perang. Dapatlah dibayangkan bahawa pada masa ini juga berlaku kekurangan penduduk. Apabila pertambahan penduduk amat diperlukan maka menganjurkan poligami adalah lebih kukuh alasannya daripada melarangnya.

Hal ini menggambarkan bahawa melarang poligami secara mutlak akan menimbulkan masalah yang cukup rumit. Di sinilah juga nampak keagungan dan keuniversalan Islam sebagai agama sempurna.

Oleh kerana ia perbuatan yang dihalalkan, maka manusia (umat Islam khususnya) tidak layak mempertikaikannya. Apalagi ia dianggap satu perbuatan yang menyimpang dan tidak bertanggungjawab.

Kritikan yang berlebihan cenderung terjebak kepada pemikiran yang mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah. Jika ini berlaku maka akan rosaklah sendi kehidupan dalam beragama. Akibatnya, kebenaran wahyu akan menjadi relatif. Apa yang akan wujud adalah manusia akan terumbang-ambing kerana kehilangan pegangan. Kebenaran mutlak dengan sendirinya akan terhapus secara perlahan-lahan.

Padahal wahyu adalah untuk meluruskan kefahaman dan pemikiran manusia mengenai kebenaran dan bukanlah kefahaman dan pemikiran manusia yang akan membetulkan kebenaran.

Pengetahuan Allah meliputi semua, tidak mengenal sempadan geografi, lintas zaman dan waktu, yang zahir atau yang ghaib. Ia bukan sekadar mengatasi masalah lokal-sosial pada zaman Nabi. Jadi, hukum Allah bukan untuk kepentingan zaman tertentu sahaja. Hukum Allah adalah bersifat universal yang memenuhi segala ruang dan waktu secara adil.

Setiap yang benar pasti ilmiah. Setiap yang ilmiah boleh benar dan boleh salah. Al-Qur'an itu benar. Bererti al-Qur'an itu ilmiah.

Sepatutnya umat Islam berhati-hati merespon isu poligami melalui fikiran apatah lagi yang berasas kepada kerangka ilmiah kerana boleh jadi ia bermakna memprotes Maha Pencipta.

Laki-laki berpoligami tidak berdosa. Yang berdosa adalah suami yang berpoligami apabila zalim kepada isterinya. Tidak berbeza dengan suami yang berpoligami, suami yang bermonogami juga akan berdosa apabila menzalimi isterinya.

Maknanya, suami yang berpoligami dan bermonogami kedua-duanya tidak bebas dari ancaman dosa apabila zalim.

Ketidakadilan memang dekat pada orang berpoligami. Bermonogami memang lebih mudah berbuat adil kerana hanya menumpahkan cinta dan kasih sayangnya kepada satu orang sahaja. Walaubagaimana pun, orang yang bermonogami juga mempunyai potensi melakukan kezaliman. Banyak kes didapati suami yang mempunyai isteri satu tetapi isteri yang tidak sah ada di mana-mana.

Dengan demikian dapatlah difahami bahawa orang berpoligami yang adil adalah lebih baik dari orang bermonogami tetapi zalim. Ini kerana orang yang berpoligami dengan adil jelas isterinya berada di mana. Tetapi orang yang bermonogami yang zalim ‘isteri’nya ada di mana-mana. Apabila ini berlaku maka kebencian apatah lagi melarang amalan poligami ini secara mutlak adalah satu kesilapan yang perlu diluruskan.

Di sinilah keistimewaan poligami ini khususnya bagi mereka yang mempunyai kekuatan lebih dalam menyalurkan hasrat. Jadi, secara sederhananya berpoligami ini boleh mengurangi munculnya resiko perzinaan. Walaubagaimana pun, amalan poligami semata-mata tidaklah mencukupi untuk menghentikan budaya zina. Namun apabila pembanterasan perzinaan yang mahu dijadikan isu pokok, ia perlu kepada usaha-usaha lain selaras dengan sistem Islam dalam menghentikan perzinaan tersebut.

Lebih daripada itu, Islam tidaklah juga menafikan akan adanya unsur negatif dalam pelaksanaan poligami tetapi bukan hakikat poligami itu sendiri. Oleh itu, Islam telah meletakkan syarat penting kepada mereka yang hendak berpoligami yakni mestilah yakin mampu berbuat adil. Sekiranya tidak, maka untuk menjaga keselamatan diri dan agama maka kawin satu orang atau bermonogami adalah amat perlu mendapat keutamaan.


Muhammad Tahir